Sunday 1 January 2012

♥ sweet memories ♥

rindu sama sekolah teknik taiping , sama kelas , sama ostel , sama kawan2 and then rindu sangat baju KOPERAT maklum la orange2 menarik hati . . betul ke aku dah tak sekolah ? persoalan yang sentiasa berada di minda aku . . aku rindu zaman sekolah . . bila la dapat jumpa dengan kawan2 aku . . semuanya menyepikan diri . . korang semua tak rindu aku ke ! hmm . .


nie kelas aku . . kemaskan . . cantik lagi . .
( 5 Pengurusan Perniagaan )


nie ostel kami . . ostel aspuri lebih kemas daripada ostel aspura . . time kami stay kat ostel idop kami bagai dalam penjara . . bosan nak mampos . . nak hilangkan kebosanan kami , kami pakat ramai2 fly . . jahatkan . . barang haram pon kami bawa kat ostel . . biasalah warden malas nak amik taw pasal kami . . pernah kami ponteng prep . . menyorok bawah border . . lawak gila . . yang terlibat ~aku , nathalillah , fizaton dan eiya . . kenangan 4 orang geng nakal . .

sebelum Maulidur Rasul setiap dorm akan membuat banner untuk berarak time Maulisur Rasul dan akan dipertandingkan . . dorm kami bekerja keras untuk menyiapkan kain banner tu . . nak buat banner ni ambil masa yang lama sampaikan kami tidur lewat malam . . fuhh !! letik kot . . inilah hasilnya . . cantik tak . . kami ingat ke dorm kami akan menang tapi dorm kami kalah . . maknanya ada dorm yang lebih kreatif daripada kami . . hmm . . tak pela tak menang . . kami reda . .

KAMI  AHLI2  DORM  ZAINAB
~ fara ~ kinah ~ aen ~ eiya ~ yasmin ~ fiqah ~ hajar ~ ain z ~ fizaton ~ umi ~ alya ~ eka ~ ejat ~ syuk ~

kami gila bergambar


keseronokkan bersama


ANUGERAH KOKURIKULUM & RAYA SAKAN DI SMTT

masa majlis ni paling best sekali . . dah la kena pakai baju raya . . habis meletop satu sekolah teknik taiping . . lawa2 dan smart2 belaka tetapi aspuri hot gila beb !! dah la pakai baju cantik pastu kena masuk kampong pulak . . adoiii . . takpe la kenangan terakhir main kompang kat sekolah tu . . lepas habis main kompang , aku kena naik atas pentas pulak utk time anugerah kokurikulum . . perghh . . bangga sat tapi segan gila dohh !! hari yang paling bermakna aku kat sekolah tu . . bertuah aku dapat sekolah teknik taiping 

3 sijil anugerah kokurikulum yang aku dapat  


 bergambar dengan budak kelas aku


sukasuki bersama
~ifwat~syazmi~asilah~nat~fara~



KAMI BUDAK KELAS 4/5 PENGURUSAN PERNIAGAAN

inilah dak kelas kami . . ramai perempuan dari laki . . snap b'sama daddy (ckgu rosli) 
~aswad~hajar~alim~asilah~nat~yasmin~tiha~ainz~wawa~aen~eka~fikah~alya~umi~eiya~kinah~fara~
nava~lim~nizam~upik~fiza~bella~nu'in~ejat~syuk~

kami ni kuat bergambar . . pantang nampak camera pasti mau posing maut . . inilah tabiat kelas kami . . sampai cikgu pening kepala dengan karenah kita orang . . nasib baik cikgu kami sporting . . tu la kami sayang gila kat daddy kami (cikgu rosli) . . kami selalu masuk makmal komputer awal . . maklum la mau online bukan mau belajar . . cikgu tengah mengajar kami , kami pula curi2 online . . kadang2 cikgu marah kami sampai cikgu mau block facebook . . haha . . makal sungguh kita orang . . cikgu pernah cakap yang dia tak pernah jumpa anak murid yang perangai gila2 macam kami . . untung la cikgu . . 

~eka~ejat~asilah~hajar~fara~alim~


~hajar~nat~asila~fara~alim~


~alim~hajar~nat~fara~asila~


~alim~hajar~asilah~nat~fara~

. . gambar yang mencuit hati . . snap time kelas tambahan . .
 bila la kita dapat bertemu kembali . . entah korang semua masih ingat kenangan kita bersama . segala gambar2 korang masih aku simpan sebagai kenangan . . aku suka kawan dengan korang semua . . 


...MISS KORANG SEMUA...


dulu masa sekolah , aku tak sabar nak habis sekolah . . itulah hidup yang paling menyeronokkan bagi sesiapa yang ingin hidup bebas tapi itu hanya angan2 . . kini aku dah habis sekolah . . hidup aku bosan gila nak mampus . . dekat umah just makan , tido , tengok tv , dan banyak habiskan dengan facebook . . kalau tak duduk umah , aku keluar jalan2 dekat area manjung je . . tak boleh pi jauh2 maklum la tak ada lesen . .  baru dalam proses lesen nak lulus . . cepat la masa berlalu . . dah tak sabar nak race dengan kawan2 . . haha . . actually aku update blog ni sebab nak cakap hari ini aku buat kerja part time . . nak tahu aku kerja pew ??

inilah mainan kanak2 (SMART PLAY PAD)


aku kena chek stok mainan ni . . fuhhh . . letih kowt . . aku just tolong jiran aku buat perniagaan kecil-kecilan . .  ramai juga orang tempah ipad ni . . 


bukan senang nak buat kerja ni . . kena chek satu2 maklum la nak pastikan setiap mainan  ni semuanya elok tak ada yang rosak . . nanti baru pelanggan puas hati dengan stok kami . . semua stok ada dalam tiga kotak . . setiap kotak ada 40 stok ipad . . maknanya aku kena chek dalam 120 stok ipad ni dalam masa sehari . . letih juga . . nasib baik ada adik saya . . kami berdua yang uruskan stok ni . . alhamdulillah . . akhirnya settle semua stok . . yang paling aku seronok . . baru kerja sehari tapi gaji lumayan jugak . . 

gaji pertama untuk sehari . . 


aku tak tahu nak buat apa dengan duit gaji aku ni . . buat masa sekarang aku nak simpan . . nak kumpul banyak2 . .  seronoknya . . alhamdulillah hidup aku senang la juga . . setiap sebulan duit masuk . . terbaik la . . aku bukan nak bangga . . tapi mahu kongsi kegembiraan aku dengan korang semua . .


No comments: